JEFF LAU Berlari 230km di dalam Hutan PERU untuk KESEDARAN HIV & AIDS

Kuala Lumpur, 13 Jun 2017 – Pelari ultra-marathon dan duta jenama Sanctband Active, Lau Jun Tean, atau lebih dikenali sebagai Jeff Lau, berjaya menamatkan salah satu perlumbaan lari yang paling mencabar di dunia, Jungle Ultra 2017, Peru, dengan matlamat mempromosikan gaya hidup sihat dan meningkatkan kesedaran tentang HIV dan AIDS.

Jungle Ultra marathon telah berlangsung di Peru di mana para peserta harus berlari melalui hutan hujan Amazon sejauh 230km, merentasi denai berlumpur, sungai dan permukaan tanah yang mencabar. Daripada jumplah 33 peserta, hanya 20 sahaja yang berjaya menamatkan perlumbaan ini, termasuk Jeff.

Jeff yang juga merupakan Ikon Belia Ikon Belia Hidup Sihat Tanpa AIDS, bukan sahaja menyertai perlumbaan tersebut untuk berseronok tetapi menggalas tanggung jawab untuk membanteras AIDS dengan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap HIV dan juga AIDS. Beliau juga ingin mecabar dirinya secara mental dan fizikal memandangkan acara ini adalah antara yang paling sukar di dunia.

“Banyak kali saya bertanyakan diri ketika perlumbaan kenapa saya bersusah-susah masuk perlumbaan yang mencabar tersebut tetapi saya tahu saya harus terus berjuang tanpa putus asa. Sama seperti prisip hidup, saya teruskan dan mendorong diri saya sehingga ke garisan penamat,” kata Jeff Lau.

“Saya suka berlari kerana ia menenangkan fikiran dan mencergaskan badan. Saya harap kisah pengalaman saya boleh dijadikan inspirasi oleh orang ramai untuk mecabar diri mereka bagi mencapai sesuatu yang lebih besar dalam hidup, mengamalkan gaya hidup sihat dan meningkatkan kesedaran terhadap HIV dan AIDS,” tambah Jeff.

20170609_105635

Minatnya yang membara terhadap larian telah membawanya ke garisan penamat larian ultra marathon yang mencabar di serata dunia, antaranya Marathon des Sables (Southern Morocco) sebanyak dua kali, 6633 Arctic Ultra 2017 (Canada), Ironman Langkawi 2016, dan Jungle Ultra 2017 (Peru).

Jeff bakal berkongsi pengalamannya di Marathon des Sables dan 6633 Arctic Ultra dalam sebuah buku tidak lama lagi, dan diikuti dengan siri jelajah ceramah di Malaysia.

IMG-20170614-WA0009

Perjalanan Jeff tidak akan menjadi nyata tanpa sokongan daripada para penaja. Sebagai penaja Sanctband Active telah memberikan sokongan yang penuh untuk persiapan perlumbaan tersebut dengan program latihan kecergasan yang diubahsuai secara peribadi melalui Personal Fitness Coach (PFC) Studio . Antara para penaja yang lain termasuk Under Armour, Hammer Nutrition Malaysia, Amazin’ Graze, JR Vacation dan PTT Outdoor.

“Kami di Sanctband Active, amat berbangga dengan kejayaan Jeff di Jungle Ultra 2017, Peru, di mana beliau berjaya memduduki tempat ke 20 ke atas. Kejayaan beliau bukan bergantung kepada nasib tetapi kegigihan dan persiapan yang telah dilakukan sebelum perlumbaan. Sanctband Active tetap bersedia untuk memberikan sokongan sepenuhnya untuk Jeff demi matlamat larian yang murni,” kata Darren Wee, Head of Global Sales & Marketing (Sanctband Global).

Jeff Lau - 3 races

Untuk maklumat tentang Sanctband Active, sila layari http://sanctband-active.com/ atau laman Facebook di www.facebook.com/sanctband.global. Dekati Jeff Lau, di www.facebook.com/jefflauofficial/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *